Connect with us

Oh! Media

Tiada PKP Ketika Raya, Hanya Sempadan Negara Saja Ditutup?

sempadan negara

Trending

Tiada PKP Ketika Raya, Hanya Sempadan Negara Saja Ditutup?

Penularan Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia tidak menjadi sebab untuk kerajaan menyekat pergerakan rakyat dalam negara dan hanya sempadan negara saja yang masih ditutup.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sempadan Negara Perlu Dibuka Selewatnya Januari Tahun Depan” – Muhyiddin Yaasin

Menerusi laporan Harian Metro, sempadan negara masih ditutup kerana bilangan kes di luar negara masih dalam keadaan yang membimbangkan.

Kerajaan nak kurangkan kes pandemik

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, fokus kerajaan sekarang ini hanya mahu pulihkan ekonomi negara dan mengurangkan kes pandemik.

Dua hari lalu, kerajaan sudah mengumumkan kita tidak membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat. Tiada istilah menyekat pergerakan dari daerah ke daerah dan negeri ke negeri lain.

Cuma, yang kita masih menutup adalah sempadan negara. Kita terpaksa lakukan ini kerana kes di negara luar masih tinggi, disebabkan itu kita masih berhati-hati walaupun sudah memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Singapura.

Ismail Sabri juga menyatakan kerajaan sedang membincangkan VTL dengan Indonesia dan Thailand, tetapi disebabkan kes semakin meningkat, kerajaan perlu menggantung pergerakan ke dua negara tersebut.

Walaupun sudah banyak negara yang mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) buat pelancong, namun kerajaan Malaysia masih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.

Kita lihat kalau dua dos sudah pun selesai, booster (dos penggalak) pun selesai, saya percaya kita boleh memberikan sedikit lagi kelonggaran dan ini terpulanglah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan pandangan.

Kita lihat kesannya kalau kerajaan terlalu keras, kesannya kepada industri pelancongan dan selepas diberikan booster, mungkin kita boleh relax sikit daripada segi SOP, tetapi masih memerlukan pandangan KKM.

Rakyat boleh balik kampung

Menurut Ismail Sabri, banyak khabar angin tular di media sosial berkaitan umat islam tidak boleh meraikan hari raya bersama keluarga di kampung, namun itu semua tidak benar.

Saya memang sengaja sebut kita akan buka dan kita tidak akan tutup lagi dan kawal pergerakan sebab sudah ada dalam media sosial khabar angin mengatakan hari raya tidak boleh balik kampung.

Disebabkan itu dua hari lalu saya umumkan tidak akan tutup dan rakyat boleh balik kampung untuk sambutan Aidilfitri.

Alhamdulillah, semoga kes di Malaysia akan sentiasa terkawal dan tahun ini kita dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas