Connect with us

Oh! Media

“Bila Kerajaan Benar Ziarah, Tak Ada Pula Berduyun Datang?” – Jasmin Hamid

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 07t205254383

Oh! Artis

“Bila Kerajaan Benar Ziarah, Tak Ada Pula Berduyun Datang?” – Jasmin Hamid

Pelakon Jasmin Hamid baru-baru ini meluahkan rasa syukur berpeluang menziarahi kubur ibu bapanya setelah sekian lama tersekat disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

BACA: Bekas Pemain Kedah, Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun RM2,000 Lelaki Ziarah Kubur

Dalam hantaran di Instagram itu, pelakon ini meluahkan rasa ingin tahu mengapa tidak ramai yang mengunjungi kawasan perkuburan walaupun kebenaran sudah diberikan kerajaan.

IKLAN

Dia berasa sedikit hairan memandangkan sebelum ini ramai yang merungut apabila kawasan kubur terpaksa ditutup kepada orang awam.

Bila kerajaan dah benarkan menziarah, tak ada pulak berduyun yang datang menziarah? Mungkin ramai yang sibuk pergi bercuti gamaknya. Penuhkan tempat percutian dari datang menziarah kubur dan penuhkan masjid. Ini adalah fitrah manusia. Husnuzon jelah.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman, orang ramai hanya datang menziarahi pusara keluarga pada hari perayaan. Pelakon ini cuba mengelakkan kesesakan dengan hadir sehari lebih awal.

Pada masa sama, pelakon berusia 47 tahun ini turut mengenang pesan arwah opahnya iaitu kerja tidak akan pernah habis selagi hidup. Katanya lagi, kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengabaikan masa bersama keluarga.

Kredit: Instagram Jasmin Hamid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas