Connect with us

Oh! Media

Trending

“Berapa Kali Nak Cakap..’ – Persoal Fungsi Vaksin, Doktor Bidas Kenyataan Rita Rudaini

Pelakon, Rita Rudaini sekali lagi menjadi bualan ramai apabila mempertikaikan fungsi dan keberkesanan vaksin Covid-19.

BACA: Akan Susahkan Hidup Antivaksin? Rita Rudaini Dan Zul Yahya Mula Bersuara

IKLAN

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pelakon itu dipercayai berang dengan orang ramai yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada golongan yang menolak vaksin itu.

Memberi respon kepada video viral tersebut, seorang doktor pelatih dalam bidang perubatan keluarga (family medicine), Dr. Nimelesh Balanthiren berkata, vaksin sebenarnya tidak boleh mencegah jangkitan Covid-19 seratus peratus. Sebaliknya vaksin bertindak untuk mengelakkan jangkitan teruk yang menyebabkan komplikasi..

Jelasnya, vaksin sememangnya melindungi tetapi ianya bergantung kepada imuniti badan seseorang. Jika imuniti badan rendah, seseorang tetap berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Disebabkan itulah, sangat penting untuk setiap individu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Katanya lagi, ada pesakit Covid-19 yang tidak sempat divaksin mengalami komplikasi apabila pulih. Antaranya batuk selama berbulan-bulan, sukar bernafas dan keluar masuk hospital untuk rawatan.

Doktor Nimelesh turut berpesan kepada artis atau orang berpengaruh untuk menggunakan suara yang ada di jalan yang betul.

Kredit: Twitter Dr Nimelesh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas