Connect with us

Oh! Media

(TERKINI) Pemain Perak Mogok Ketika Sesi Latihan Kerana Tak Dapat Gaji

Trending

(TERKINI) Pemain Perak Mogok Ketika Sesi Latihan Kerana Tak Dapat Gaji

Isu tunggakan gaji pemain di Perak FC bukan lah sesuatu benda yang baharu. Terbaru para pemain-pemain Perak telah memboikot sesi latihan malam tadi kerana marah tidak mendapat gaji mereka.

ADVERTISEMENT

Isu tunggakan gaji ini berlaku sejak awal musim ini lagi. Disebabkan itu pemain-pemain mula bersuara bahawa mereka sudah dua bulan tidak mendapat gaji. Namun keadaan itu nampaknya sudah reda sedikit apabila pihak Perak FC memberitahu bahawa mereka sudah membayar gaji untuk bulan Februari.

Malam tadi pusat latihan Perak FC kecoh lagi apabila pemain-pemain sudah tidak dapat menahan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan Perak FC dan memutuskan tidak mahu meneruskan latihan. Mereka hanya berada di luar perkarangan stadium sahaja.

Isu tunggakan gaji pemain Perak FC sebelum ini pernah digariskan oleh  Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Di mana, MB Perak menegaskan beliau bukan tak mahu membantu Perak FC lagi, tetapi menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya sudah memberikan keseluruhan RM4 juta untuk Perak FC.

Malah beliau turut mengesahkan terdapat dua pembayaran dibuat iaitu RM2.5 juta dan terbaru RM1.5 juta untuk membantu menyelesaikan tunggakan gaji sebelum ini.

Dipetik dari Utusan Online, Datuk Saarani berkata kerajaan Perak bukannya tak bersimpati tetapi sudah membantu yang termampu.

“Saya faham, saya tengok dalam Facebook ramai menyalahkan saya seolah-oleh saya tak peduli masalah gaji pemain namun terus terang saya katakan kerajaan negeri sudah berbelanja RM4 juta menggunakan duit GLC.”

“Saya minta maaf kepada peminat Perak, saya sudah membantu RM4 juta. Mereka (Perak FC) sudah datang berbincang dengan memberitahu masalah mereka dan saya kata saya hanya boleh membantu seperti mana yang kita telah beri.”

Saarani menambah: “Tidak betul kalau ada yang kata kerajaan negeri tak langsung bantu. Saya telah mengambil inisiatif memujuk beberapa GLC untuk membayar gaji, sebenarnya itu bukan tanggungjawab saya, tapi saya tak mahu melihat kerosakan yang berlaku.”

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos operasi Perak FC kerana wang itu digunakan untuk peruntukan lain seperti pembangunan usahawan dan membantu golongan miskin yang memerlukan.

Beliau berkata: “Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka (pemain bola) sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil.”

Dalam masa yang sama, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril menawarkan pegangan saham kepada mana mana pihak yang berminat membantu Perak FC menyelesaikan masalah yang melanda. BOD Perak FC menyatakan langkah itu terpaksa dibuat selepas Perak FC mengalami masalah kekurangan penaja.

Kredit : VocketFC

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top