Connect with us

Oh! Media

Sarang Pelacuran Banglo Mewah Diserbu, Transporter Diupah RM100 Satu Trip

Trending

Sarang Pelacuran Banglo Mewah Diserbu, Transporter Diupah RM100 Satu Trip

Seramai 16 wanita warga Vietnam serta enam lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter dan ejen ditahan selepas sarang pelacuran di sebuah banglo mewah diserbu.

ADVERTISEMENT

BACA: Hotel Tawar Khidmat Pelacuran ‘Walk In’ Kantoi Diserbu Polis

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali dalam laporan Harian Metro berkata, pihaknya telah melakukan risikan selama beberapa hari sebelum serbuan dibuat.

sarang pelacuran
Foto: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Dilaporkan, sindiket pelacuran itu menggunakan lokasi banglo mewah tujuh bilik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Kegiatan pelacuran dipromosikan menerusi medium seperti WeChat, WhatsApp, Telegram dan Instagram.

Dalam serbuan ini, perkhidmatan wanita berkenaan bagi menemani pelanggan minum (arak) serta berhibur selain perkhidmatan seks dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM2,500 bagi setiap seorang (pelacur) bagi tempoh masa bermula malam ini (semalam) hingga tengah hari esok (hari ini).

Banglo mewah itu pula disewa dengan harga RM3,600 satu hari.

Sekadar gambar hiasan

Jelasnya lagi, sindiket terbabit mengupah pembawa atau ‘transporter’ untuk membawa wanita ke banglo yang terletak di Jalan Klang Lama.

Salah seorang ‘transporter’ yang ditahan mendedahkan, dia mendapat tahu mengenai pekerjaan ini melalui seorang rakan. Dia diminta membawa enam wanita dari Cheras ke banglo itu.

Bagi setiap trip (perjalanan pergi dan balik), saya membawa tiga wanita dengan bayaran RM100. Kenderaan yang digunakan bagi membawa mereka adalah kereta saya sendiri.

Dalam serbuan itu, pihak polis mendapati banglo dilengkapi peralatan disko, meja permainan pool dan alat-alat hiburan yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan; Seksyen 55B(1), Seksyen 15(1) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas