Connect with us

Oh! Media

PU Syed Akhirnya Bersuara Isu Rosyam Nor Tentang Keperluan Rumah ‘Ayam’

rosyam nor

Oh! Artis

PU Syed Akhirnya Bersuara Isu Rosyam Nor Tentang Keperluan Rumah ‘Ayam’

Sampai sekarang Ohmedia sendiri pun macam tak percaya Datuk Rosyam Nor boleh keluarkan pandangan yang pusat pelacuran ini perlu wujud dekat Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Rosyam Nor Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Ada Di Malaysia Sebab Ini Teruk Dikecam?

Walaupun pandangan itu memfokuskan hanya untuk orang warga asing yang bekerja dalam negara ini, bagi kami ia tetap tidak boleh diterima.

Pandangan Rosyam ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed selepas menolak sekeras-kerasnya idea ini.

Pandangan Rosyam tak selari dengan ajaran Islam.

Saya tak setuju pandangan Rosyam mengenai perlu wujudnya pusat pelacuran bagi menampung keinginan warga asing di Malaysia seperti dinyatakan.

Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi negara Islam.

Jadi pandangan seperti ini tak sesuai. Di luar negara mereka menganggap golongan terbabit dengan pelacuran adalah kelompok paling rendah martabat.

PU Syed dalam pada itu turut berpandangan kes jenayah akan menjadi lebih parah jika pusat pelacuran dibuka secara bebas.

Perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.

Zina antara dosa besar dan balasannya cukup keras bagi mereka yang melakukan zina. Walaupun kita boleh katakan warga asing bukan Islam tapi ada antaranya beragama Islam.

Bila cadangan seperti ini diberikan, ia memang tidak bersesuaian. Ia akan merosakkan keturunan dan punca pembunuhan kerana benih dikeluarkan ditumpahkan kepada tempat tidak sepatutnya.

rosyam nor

Sekiranya mengatakan ia boleh mengurangkan kes rogol, ada ulama berkata perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.

Kita buat sebegitu seolah-olah nak menghalalkan perzinaan. Itu tidak boleh kerana kedua-duanya mudarat.

Diharapkan abang Rosyam dapat mendengar dan bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang agama sebelum mengeluarkan pandangan seumpama ini.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas