Connect with us

Oh! Media

Hotel Tawar Khidmat Pelacuran ‘Walk In’ Kantoi Diserbu Polis

Trending

Hotel Tawar Khidmat Pelacuran ‘Walk In’ Kantoi Diserbu Polis

Sekarang ni, macam-macam cara ya orang lakukan sebab nak cari duit. Macam satu sindiket di Seri Kembangan ni, dah dua bulan diorang beroperasi dengan menawarkan khidmat pelacuran secara walk in.

ADVERTISEMENT

Bukan tu sahaja, diorang pun ada sediakan laptop khas untuk pelanggan bermain judi secara online. Untuk kaburi mata pihak berkuasa, diorang sanggup sewa 37 bilik di sebuah hotel untuk jalankan kegiatan tersebut.

Tapi, akhirnya polis berjaya juga serbu tempat tersebut berdasarkan maklumat yang telah diberi oleh orang awam. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azmi Adam, pihaknya telah menahan 6 wanita warga Thailand, seorang wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelacur di hotel terbabit.

“Dalam operasi ini, kami turut merampas sejumlah kondom, gel pelincir, tisu dan tuala yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pelacuran di hotel ini selain empat komputer riba disyaki digunakan untuk aktiviti judi dalam talian serta wang tunai berjumlah RM1,266.” – katanya.

Menurut Azmi juga, beliau percaya yang sindiket ni boleh kaut keuntungan lebih kurang RM3,000 sehari melalui kegiatan pelacuran tersebut. Yelah, promotion pun dibuat melalui Whatsapp atau WeChat. Siap boleh walk in pulak tu. Memang senang lah customer nak datang.

“Sindiket ini turut menerima pelanggan yang datang secara walk in dengan kadar bayaran dikenakan antara RM180 hingga RM200 bagi setiap sekali perkhidmatan seks diberikan. Pelanggan boleh memilih wanita yang dikehendaki dengan meninjau mereka yang menunggu ‘lelaki hidung belang’ di dalam bilik masing-masing.” – tambahnya.

Semua individu yang ditahan akan dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar perintah PKPB. Kes juga akan disiasat bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 55(b) akta sama.

Azmi juga sempat berpesan kepada orang ramai untuk terus beri maklumat tentang kegiatan maksiat di sekitar mereka. Yelah, operasi kali ni pun berjaya diselesaikan sebab ada maklumat dari orang awam. Jadi tak salah untuk kita saling membantu supaya persekitaran kita bebas dari perlakuan yang tidak baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas