Connect with us

Oh! Media

’Hot Daddy’ Dan 2 Kekasih Gelap Mengaku Tidak Bersalah Promosi Aksi Sundal

Trending

’Hot Daddy’ Dan 2 Kekasih Gelap Mengaku Tidak Bersalah Promosi Aksi Sundal

Lelaki yang terkenal dengan gelaran ‘Hot Daddy’ akhirnya dituduh di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana dipercayai mempermosikan aktiviti seks untuk kaut keuntungan.

ADVERTISEMENT

Dua orang lagi wanita dipercayai kekasih kepada lelaki tiga anak ini turut didakwa dengan kesalahan sama.

Tertuduh dikenali sebagai Hasil Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua wanita Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif kemudian tidak mencadangkan ikat jamin kepada semua tertuduh dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan kadar itu ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Jumlah itu sesuai kerana mengambil kira kepentingan awam selain pertuduhan kesalahan dikategorikan dalam jenayah yang serius.

Peguam mewakili semua tertuduh iaitu Mohd Faris Abrar Othman merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum.

Alasan yang diberikan, mereka tidak mempunyai sebab untuk melarikan diri kerana anak guamnya adalah rakyat tempatan dan ada keluarga menetap di sini.

Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak yang berusia empat, 10 dan 12 tahun.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk serahan dokumen.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas