Connect with us

Oh! Media

Belon Udara Tersangkut Pokok Dan Langgar Muzium, Pelancong Cemas

artikel 2 13 10

Trending

Belon Udara Tersangkut Pokok Dan Langgar Muzium, Pelancong Cemas

Belon udara merupakan salah satu aktiviti yang digemari para pelancong untuk dinaiki ketika sedang bercuti. Namun, kejadian yang berlaku di Itali ini cetus rasa cemas pelancong apabila belon udara yang dinaiki tersangkut pada pokok dan terlanggar muzium yang berada di tempat kejadian.

BACA: Sweet! Engku Emran Melamar Noor Nabila Di Atas Belon Udara Panas

Kejadian ini berlaku di Voltiano Temple, Como, Itali, pada pagi Isnin apabila belon udara panas itu hilang kawalan ketika mula diterbangkan.

IKLAN

Merempuh binaan berusia 94 tahun

Video: Daily Star

Sebelum melanggar muzium yang berumur 94 tahun itu, belon udara ini telah tersangkut pada pokok. Kejadian ini telah menyebabkan sebuah arca pada bumbung muzium terjatuh pecah selepas dilanggar oleh belon udara itu.

Menurut Daily Star, belon yang hilang kawalan itu tidak mendapat ketinggian yang sepatutnya ketika mula diterbangkan, dan telah merempuh bangunan bersejarah itu. Namun, semua pelancong selamat dan tiada yang tercedera.

Takut juga kalau naik belon udara panas ni tiba-tiba hilang kawalan. Untuk yang merancang nak naik, pilihlah tempat yang luas supaya tidak berlaku perkara macam ni okay?

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas