Connect with us

Oh! Media

Sanggup Bakar Rakan Yang Mencuri Telefon & Hutang RM50, Suspek Diberkas Polis

Trending

Sanggup Bakar Rakan Yang Mencuri Telefon & Hutang RM50, Suspek Diberkas Polis

Baru-baru ini, tular berita rakan bakar rakan kerana disyaki mencuri telefon bimbit selain hutang duit bernilai RM50.

ADVERTISEMENT

Terkini, polis telah menahan suspek utama kes cubaan membunuh rakan dengan membakar hidup-hidup di sebuah hotel di Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata sepasukan anggota polis menyerbu bilik tingkat 13 dan menahan lelaki berusia 29 tahun sekitar jam 10.50 malam melalui intipan yang dilakukan.

Tambah beliau, suspek dipercayai mendaftar masuk bilik hotel bersama teman wanitanya namun wanita itu tiada bersama suspek ketika serbuan dilakukan.

Sejak melarikan diri selepas kes membakar rakannya pada 9 Mac lalu, suspek dipercayai berpindah-randah bagi mengelak dikesan.

Selain dikehendaki bagi kes Seksyen 39(A)(1) ADB 1952, suspek juga masih menghadapi perbicaraan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39(C) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, suspek mempunyai 12 rekod lampau, iaitu 10 kes dadah, satu kes jenayah mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan satu kes dikehendaki kes dadah Seksyen 39(A)(1) ADB.

Suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh dan usaha mendapatkan perintah reman dibuat hari ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas