Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Negara Bongkar, Wujud Gerakan Dalaman Yang Sedang Giat Mahu Menjatuhkannya

Trending

Ketua Polis Negara Bongkar, Wujud Gerakan Dalaman Yang Sedang Giat Mahu Menjatuhkannya

Seperti ‘Api Dalam Sekam’ itulah gambaran yang sedang dihadapi ketika ini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

ADVERTISEMENT

Siapa sangka, rupanya terdapat gerakan dalaman terdiri dari pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan Ketua Polis Negara.

Abdul Hamid baru-baru ini mendedahkan bahawa wujudnya kartel dalam PDRM yang mahu mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka sendiri.

Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).

Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita. – Katanya dalam program Sinar Live bersama KPN.

Sebelum ini Abdul Hamid juga dikatakan pernah membuat pendedahan mengejutkan mengenai usaha pihak-pihak tertentu dalam PDRM yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’.

Jelasnya, beliau begitu terkesan dengan perkara itu dan berharap kumpulan tersebut segera insaf.

Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu…dan tindak-tanduknya begitu.

Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.

Jadi saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat, kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru..pakailah baju orang awam.

Tiada lagi orang nak takut dengan kita sebab baju kita dah tak ada. Masa itu nanti jangan menyesal. – Katanya.

Untuk rekod, Abdul Hamid, 62, telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas dia bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas