Connect with us

Oh! Media

Influencer Wanita Ditahan Ketika Berhibur Di Pusat Hiburan

Oh! Tidak

Influencer Wanita Ditahan Ketika Berhibur Di Pusat Hiburan

Seorang influencer wanita berusia 20-an ditahan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Noordin, George Town, Pulau Pinang kira-kira jam 2.15 pagi pada Ahad lepas.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo, hasil serbuan, pihak polis berjaya menahan seramai 85 orang pengunjung termasuk influencer berkenaan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL). Korang rasa siapa?

Dari 85 yang ditahan, seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan telah menjalankan pemeriksaan air kencing dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Didapati dua lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan 22 tahun sehingga 25 tahun positif pelbagai jenis dadah iaitu tetrahydrocannabinol (THC) dan Benzo.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua tangkapan ditahan reman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama sehari untuk siasatan.

Kalau dah nama influencer, memang silap lah buat perkara-perkara macam ni. Tak boleh sorok!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas