Connect with us

Oh! Media

Trending

Benci 3 Tahun Tak bercakap, Abang Tumbuk Kepala Adik

Bermula dengan tidak lagi bercakap yang berlarutan sehingga tiga tahun bertukar kepada perasaan benci sampai seorang abang sanggup pukul adik kandungnya sendiri.

BACA: Lelaki Terajang Wanita Rupanya Abang Sendiri, Bengang Adik Tinggalkan Ibu Sedang Sakit Demi Kekasih

IKLAN

Penganggur, Firdaus Mohamad Khalil telah dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas mengaku bersalah.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, Firdaus sengaja mencederakan adik perempuannya, Syahidah dengan cara menumbuk belakang kepalanya menggunakan tangan.

Tertuduh dikatakan menumbuk belakang kepala adiknya sebanyak dua kali di ruang dapur.

Firdaus didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dohukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Tindakan memukul itu dilakukan pada 23 Mac lalu di sebuah rumah di Kota pada jam 6.30 petang.

Hukuman penjara Firdaus telah bermula dari tarikh ditangkap pada 24 Mac lalu.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas