Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Dalam Video Viral Sokong Israel Positif Dadah

Oh! Tidak

Penjawat Awam Dalam Video Viral Sokong Israel Positif Dadah

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial rakaman video seorang lelaki dipercayai penjawat awam yang menyokong Israel. Menerusi video berdurasi 59 saat tersebut, lelaki berkenaan dikatakan telah menyentuh sensitiviti agama sehingga mencetuskan rasa marah orang ramai.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai video viral tersebut sebelum memanggilnya ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk memberi keterangan.

Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan didapati positif dadah morfin dan video dimuat naik ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu.

Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik video ke aplikasi TikTok. Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top