Connect with us

Oh! Media

Selepas Menyanyi, Gadis Popular Di TikTok Ini Mahu Berlakon Pula..

Trending

Selepas Menyanyi, Gadis Popular Di TikTok Ini Mahu Berlakon Pula..

Mempunyai lebih 1.3juta pengikut, pengguna TikTok pasti mengenali Suekhaizhar yang baru sahaja melancarkan single ‘Aku Budak Girl’. Walaupun meraih jumlah tontonan yang banyak, gadis ini menerima kecaman bertubi daripada netizen yang merasakan dia sebenarnya tidak mempunyai bakat menyanyi.

ADVERTISEMENT

BACA: Walaupun Dikecam, Lagu ‘Aku Budak Girl’ Trending, Lebih 1 Juta Views Di Youtube!

Terbaru, ketika dihubungi mStar, gadis berusia 17 tahun ini berkata kritikan yang diterima tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib dalam bidang muzik.

@suekhaizhar

Aduhh ada 👽 ##dulusukasayang ##suekhaizhar ##fyp ##ttsuekhaizhar ##thehufflepuffsq

♬ Dulu Suka Sayang – Babyshima

Saya rasa sedih dan down sikit tapi cuma fikir positif sahaja. Memang betul apa yang mereka cakap tu, saya kena perbaiki vokal.

Tambah Sue lagi, dia memang sudah lama minat menyanyi dan ketika di sekolah rendah dia aktif dalam nasyid.

Menurut Sue atau nama sebenarnya Surul-an Khairul Azhar, dia terhibur apabila ada yang membuat remix dengan lagu tersebut walaupun ramai yang mengecamnya di TikTok.

Berlakon dengan modeling tu memang minat saya.

Saya sebenarnya minat dengan Mira Filzah, so nak jadi macam dia la nanti.

Selain menyanyi, dia juga menyatakan minat dalam bidang peragaan dan lakonan. Dia mahu menjadi seperti pelakon popular, Mira Filzah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas