Connect with us

Oh! Media

Pembekal Tidak Jujur, Jual Cili Disembur Cat Merah Untuk Kaut Keuntungan

Oh! Tidak

Pembekal Tidak Jujur, Jual Cili Disembur Cat Merah Untuk Kaut Keuntungan

Boleh dikatakan hampir kesemua sektor terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19. Para peniaga juga merupakan di antara golongan yang teruk terjejas, dan yang sedihnya pula apabila ada peniaga yang sanggup mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. 

ADVERTISEMENT

Di Indonesia, seorang petani telah ditahan kerana telah menyembur cat bewarna merah pada cili padi kuning dan dia juga turut membekalkan cili itu ke beberapa pasar di Indonesia untuk mengaut keuntungan.

Perbuatan suspek terbongkar apabila polis men­yerbu rumahnya di Kabupa­ten Temanggung dan berjaya mene­mui beberapa tin cat berwarna merah. Suspek  dipercayai melakukan perkara itu kerana mahu mengaut untung lebih tinggi disebabkan harga cili padi merah kini dikatakan semakin mahal. 

Untuk me­ngaburi mata orang ramai, suspek telah menyembur cili padi berwarna kuning dengan cat merah sebelum dia mencampurkannya dengan cili padi merah yang asli.

Setiap bungkusan cili padi merah seberat 30 kilogram (kg), ada sekitar 5 kg hingga 6 kg cili padi kuning yang disembur cat merah.

Disebabkan cili padi kuning yang dicat itu diletakkan di atas cili padi merah dalam bungkusan sama, maka cili padi merah asli juga terkena cat yang meleleh ke bahagian bawah (bungkusan).

Ish ish, kalau nak kaut keuntungan sekali pun janganlah sampai memperjudikan kesihatan orang lain, buat naya orang je. Harap dekat Malaysia tak ada lah yang nak tiru buat benda-benda macam ni.

Kredit: Kosmo

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top