Connect with us

Oh! Media

(Video) “Kalau Kau Manusia, Kau Berhenti”, Budak Disangka Hantu, Rupa-Rupanya..

Trending

(Video) “Kalau Kau Manusia, Kau Berhenti”, Budak Disangka Hantu, Rupa-Rupanya..

Belum lagi selesai kisah misteri ketukan pintu rumah yang menghantui penduduk di beberapa kawasan di Semenanjung, sekarang viral pula video misteri penampakan anak kecil di sebuah kawasan di Sabah. Tapi, betul ke yang ini jelmaan hantu?

ADVERTISEMENT

Dalam video tersebut, dua orang lelaki telah ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang sedang leka kayuh basikal seorang diri di tepi simpang jalan raya. Yang jadi seram, bukannya berlaku waktu petang, tapi kejadian tersebut dirakam pada pukul 3 pagi! Diorang pun apa lagi, terus record dan upload di TikTok.

Bila dah jadi macam tu, mestilah ramai netizen yang akan kaitkan dengan cerita-cerita hantu. Mana taknya, budak kecil merayau seorang diri pukul 3 pagi, apa lagi yang orang akan fikir, kan? Namun menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihaknya segera pergi ke simpang yang dimaksudkan dan menemui budak tersebut.

“Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Balai Polis Putatan dalam keadaan selamat dan dalam masa sama, ibu kanak-kanak ini datang ke balai bagi memaklumkan berkaitan ketiadaan anaknya di rumah mereka yang terletak di Kampung Pasir Putih.” – katanya.

Rupa-rupanya, memang ada keluarga yang sedang mencari anak mereka. Ibu kepada adik ini juga telah keluarkan kenyataan di Facebook bagi menceritakan hal sebenar. Anak berumur 5 tahun itu sebenarnya telah disahkan autism hyper sejak berumur 3 tahun. Dia juga sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak yang menemui anaknya.

Dugaan seorang ibu yang menjaga anak syurga. Ohmedia doakan semoga keluarga yang dikurniakan anak syurga ini terus diberi kekuatan dan kemudahan untuk terus menjaga mereka. Apapun, syukur tidak ada apa yang buruk berlaku pada adik Mino.

Kredit: Harian Metro, Facebook, TikTok

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas