×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Penganjur MUSC Motorsport Akui Kesilapan Gagal Pastikan Orang Ramai Ikut SOP

COVID-19

Penganjur MUSC Motorsport Akui Kesilapan Gagal Pastikan Orang Ramai Ikut SOP

Malam tadi kami ada kongsikan gambar yang menunjukkan pihak polis telah melakukan pemeriksaan mengejut di Litar Antarabangsa Sepang dan mengenakan kompaun RM20,000 ke atas penganjur MUSC Motorsport kerana gagal mengikut SOP.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman memaklumkan hasil pemantauan orang ramai dilihat gagal bersurai mengikut syarat permit yang diberikan untuk acara itu kerana ia dibenarkan berlangsung sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Pihak polis kemudiannya diminta ke lokasi berkenaan apabila orang ramai yang hadir gagal bersurai selepas acara itu selesai.

Sebaik kehadiran pihak polis di lokasi, barulah diberikan kerjasama dan bersurai. Tiada kejadian tidak diingini berlaku. – Katanya.

Pihak penganjur MUSC Motorsports turut mengakui kesilapan mereka yang gagal memastikan orang ramai bersurai tepat pada masanya.

Kegagalan kami mengawal penjarakan fizikal menyebabkan beberapa kali acara terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

Matlamat kami mengadakan acara sukan rakyat paling diminati walaupun berdepan risiko besar pematuhan penganjuran acara dengan norma baharu ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang mana sudah cukup terkesan sejak bermulanya Covid-19. – Kata pihak mereka.

Kami melihat isu ini tidak seharusnya disalahkan pihak penganjur sahaja kerana orang ramai yang hadir juga sepatutnya sudah tahu dengan SOP yang sepatutnya perlu dipatuhi. #KitaJagaKita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top