Connect with us

Oh! Media

“Mereka Akan Didakwa Kerana Mendera Anak Mereka”, Pasangan Suami Isteri Bakal Didakwa Esok

Trending

“Mereka Akan Didakwa Kerana Mendera Anak Mereka”, Pasangan Suami Isteri Bakal Didakwa Esok

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia pada hari ini masih lagi terkesan dengan berita kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun iaitu Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan ayah tirinya.

ADVERTISEMENT

Pasangan suami isteri itu dikatakan masih lagi direman sehingga ke hari ini untuk membantu siasatan mengenai penemuan mayat Zubaidi Amir yang ditemui lemas dalam tong di Krubong, Melaka pada hujung bulan lepas,

Menurut sumber, kedua ibu dan ayah tiri kanak-kanak itu akan dituduh di Mahkamah Ayer Keroh, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek itu dijangka akan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.

Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua suspek ini akan di tuduh di Mahkamah Ayer Keroh pada esok.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera anak mereka ini. – Katanya.

Sama-sama kita nantikan keputusannya pada besok hari. Semoga ada keadilan buat arwah Amir. Al-Fatihah (dibaca).

Kredit: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas