Connect with us

Oh! Media

Bapa Tiri Adik Amir Pernah Didakwa Cederakan Isteri Tahun Lalu

Trending

Bapa Tiri Adik Amir Pernah Didakwa Cederakan Isteri Tahun Lalu

Baru-baru ini satu Malaysia bersedih dengan pemergian adik Amir yang baru sahaja berusia tujuh tahun setelah dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya.

ADVERTISEMENT

Hari ini, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan bahawa bapa tiri adik Amir pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada arwah kanak-kanak yang meninggal dunia itu. – Kata Majid.

Dakwaan terhadap bapa tiri Amir ini berlaku pada 8 September 2020.

Pihak polis bagaimanapun masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Semoga kebenaran terjawab.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas