Connect with us

Mamee X Tealive Spicy Mi Boba? Erkkk?!

Oh! Tidak

Mamee X Tealive Spicy Mi Boba? Erkkk?!

Baru-baru ni viral tentang kerjasama antara Mamee & Tealive yang mana akhirnya mengundang perbalahan (manja) netizen. Ramai yang pelik apa ke gilanya bila Mi Segera bergabung dengan Teh Susu?! Ada yang siap letak ais pulak tu! Ada yang melabelkan ini sebagai kerja “gila baby” dan suatu idea yang di luar pemikiran waras manusia biasa. Haha!

Bagi mengetahui sendiri bagaimana rasanya, Ohmedia sempat mencuba sendiri dan merakamkan momen-momen “indah” ini ke dalam video untuk tontonan korang semua melalui video di video atas tu. Fuuuuu.

Apapun kita kena tahu yang selera manusia ni berbeza-beza. Tak semua orang tekak macam kita dan tekak kita jauh sekali nak sama dengan orang. Jadi kita respect each other punya taste jer lah kan (walaupun jauh di sudut hati korang tahu yang selera dia macam alien).

Bagi korang yang dah pernah mencuba sendiri, apa pandangan korang? Kena tak dengan selera tekak korang? Atau ada rasa nak pukul orang ke? Haha.

Bagi Oh! Media, kerjasama antara Mamee & Tealive ini cuma sekadar kerjasama yang bijik di mana mendatangkan rasa ingin tahu dan kekecohan di kalangan netizen sekaligus menaikkan jenama kedua-duanya bila menjadi buah mulut orang.

It’s a free marketing bro! Haha!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top