Connect with us

Oh! Media

Firefly Bakal Jadi Syarikat Penerbangan Kebangsaan Jika MAS Henti Beroperasi

A052ee4f b0db 4a2e a830 08542670ab38

Trending

Firefly Bakal Jadi Syarikat Penerbangan Kebangsaan Jika MAS Henti Beroperasi

Siapa yang pernah naik pesawat Malaysia Airlines (MAS) untuk pulang ke Malaysia, mesti syahdukan setiap kali dengar ungkapan “To All Malaysians, Welcome Home! ” daripada krew kapal apabila tiba di tanah air. Memang lain rasa dia kalau dapat naik Malaysia Airlines berbanding syarikat penebangan yang lain.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-11.png

Malaysia Airlines (MAS), antara syarikat penerbangan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19. Menurut sumber, Malaysia Airlines mungkin akan menghentikan operasi selepas kerajaan berhenti menyalurkan dana kepada syarikat penerbangan tersebut. Dikatakan mereka memerlukan hampir RM21 bilion jika ingin terus beroperasi sehingga tahun 2025.

Malaysia Airlines kini ditanggungjawab sepenuhnya oleh pemilik tunggal mereka iaitu, Khazanah Nasional Berhad. Khazanah dikatakan sudah ada “Plan B” untuk memastikan syarikat penerbangan itu terus beroperasi dengan memindahkan Air Operates Certificate atau Sijil Pengendali Udara (AOC) kepada syarikat penerbangan lain.

IKLAN
Image 13

Jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup, Khazanah mungkin akan menyalurkan dana kepada Firefly. Segaligus menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan kebangsaan yang seterusnya.

Pengguna Twitter juga tidak ketinggalan berkongsi rasa sedih melalui perkongsian pengalaman peribadi mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines. Tak lupa juga kepada bekas krew kapal dan bekas juruterbang turut serta berkongsi suka duka sepanjang mereka berkhidmat bersama Malaysia Airlines.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak syarikat penerbangan yang alami kerugian, bukan sebab salah urus ke apa tapi disebabkan banyak penerbangan seluruh dunia terpaksa dihentikan secara mendadak. Pihak Oh! Media berharap, semoga Malaysia Airlines akan terus beroperasi hingga ke masa akan datang.

Kredit: JatIkhwan, Simple Flying

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas