Connect with us

Oh! Media

Individu Curi-Curi Ambil Video Zainal Abidin Dan Fyna Jebat Mesra Makan Bersama

zainal abidin

Oh! Artis

Individu Curi-Curi Ambil Video Zainal Abidin Dan Fyna Jebat Mesra Makan Bersama

Masalah pribadi, bekas jurulatih bola sepak Liga Super Malaysia, Zainal Abidin masih menjadi perhatian netizen selepas dia dilihat keluar bersama bekas isteri keduanya, Fyna Jebat.

ADVERTISEMENT

Video yang diambil individu itu menunjukkan Zainal dan Fyna mesra makan bersama. Rata-rata netizen berasa terkejut melihat video terbabit kerana mereka masih rapat walaupun didakwa sudah berpisah bulan Mei lalu.

zainal abidin

Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi hangat apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu serta tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Zainal mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan bahagia dengan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup itu.

Perkahwinan kedua Zainal dan Fyna pula bertahan selama hampir empat bulan selepas berita penceraian mereka disahkan oleh saudara terdekat Zainal.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas