Connect with us

Oh! Media

Bersenam Dengan Perut Kosong Lebih Efektif Untuk Kuruskan Badan?

Bersenam

Oh! Lifestyle

Bersenam Dengan Perut Kosong Lebih Efektif Untuk Kuruskan Badan?

Ada sumber yang mengatakan perlu makan sedikit dahulu sebelum bersenam, ada juga yang mengatakan perut perlu kosong sebelum bersenam.

ADVERTISEMENT

Jadi mana satu yang betul ini?

Melakukan senaman amatlah penting bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini bagi memastikan kita dapat menjaga kesihatan badan agar dapat menghindari penyakit yang tidak diingini.

Korang mesti nak tahu kan jawapan mengenai persoalan tersebut, jadi jom teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Selamat ke tidak makan sebelum bersenam?

Bersenam

Kita sering keliru dengan pelbagai petua dan nasihat berkaitan senaman seperti bersenam dengan perut kosong akan mempercepatkan penurunan berat badan.

Apabila melakukan aktiviti fizikal dengan perut kosong, korang mungkin membakar sumber tenaga berharga dan akan mengakibatkan diri mempunyai stamina yang kurang.

Paras gula dalam darah yang rendah juga boleh mengakibatkan korang berasa pening, loya atau berasa hendak tumbang (shaky).

Makanan terbaik sebelum melakukan senaman

  • Pilih lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan kelapa, minyak sapi dan avokado.
  • Makan makanan berkhasiat dan semula jadi, elakkan makanan diproses.
  • Sertakan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran segar, bijirin penuh dan legum.
  • Dapatkan protein daripada daging tanpa lemak, telur dan produk tenusu rendah lemak.
  • Kacang, bijian dan taugeh adalah tambahan sihat kepada diet, contohnya makanan tinggi zat besi seperti ikan, kacang dan sayuran hijau.

Bersenam

Dalam pada itu, pastikan korang kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersukan dengan minum air mencukupi. 

Malah, makanan tertentu boleh menambah baik dan mempercepatkan pemulihan diri selepas bersenam.

Jadi, korang boleh ambil makanan yang mempunyai karbohidrat, protein dan serat dalam masa 30 minit hingga 2 jam selepas menamatkan senaman korang.

Jika korang ingin melakukan senaman semasa perut kosong, teruskan. Namun begitu, ia mungkin tidak sesuai untuk aktiviti lasak atau berpanjangan. Korang perlu mengenali kekuatan tubuh badan sendiri.

Sekiranya berasakan korang lebih produktif jika tidak makan sebelum bersenam, tiada sebab untuk menukar rutin kebiasaan ini.

Bersenam

Andai sebaliknya, ambillah snek ringan seperti potongan buah sebelum bersenam untuk meningkatkan tenaga bagi melakukan senaman. Ia juga membolehkan korang bersenam lebih lama dan membakar banyak atau dalam jumlah yang sama untuk kalori dan lemak.

Tamabahan, pastikan diri kekal terhidrat, mengamalkan diet seimbang dan menjalani gaya hidup selaras dengan kesihatan korang. 

Kredit: HelloDoktor

+Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Baru tahu banyak cara yang kita bolek praktikkaan kalau nak buat diaet IF ni ye. #intermittentdiet#fasting#for#health#if#ohlifestyle#ohmedia

♬ The Spectre – Alan Walker

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas