Connect with us

Oh! Media

“One By One..” – Dua Lelaki Tempatan Bertumbuk Di Kedai Runcit Ditahan Polis

one by one

Oh! Tidak

“One By One..” – Dua Lelaki Tempatan Bertumbuk Di Kedai Runcit Ditahan Polis

Semalam viral satu video bertumbuk melibatkan dua lelaki warga tempatan di sebuah kedai runcit yang dipercayai berlaku di Seberang Jaya. Mesti korang dah tengok kan?

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris bagaimanapun mengesahkan pihaknya sudah menahan kedua-dua mereka yang bertumbuk.

Salah seorang suspek mengalami kecederaan di bahagian muka dan seorang lagi tidak cedera…

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Bukit Mertajam untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seskyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.50 malam, 3 Jun lalu. Jurujual kedai runcit itu kemudian didatangi dua pelanggan lelaki yang meminta minuman keras.

Bagaimanapun berlaku perselisihan faham dan kedua-dua suspek saling membuat provokasi dengan mengajak untuk bertumbuk one by one sambil diperhatikan pelanggan lain.

Pergaduhan akhirnya terlerai selepas salah seorang suspek tertiarap di lantai dan dileraikan salah seorang pelanggan. Perkembangan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas