Connect with us

Oh! Media

Novavax Bakal Hasilkan Vaksin Khas Varian Omicron Pada Januari 2022

novavax

Oh! Tidak

Novavax Bakal Hasilkan Vaksin Khas Varian Omicron Pada Januari 2022

Novavax kini akan mula pembuatan vaksin Covid-19 yang dibuat khas untuk menentang varian baru Covid-19, iaitu Omicron pada Januari tahun depan.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Kes Positif Varian Omicron Dikesan Di Singapura

Menerusi laporan Astro Awani, Novavax juga turut menguji vaksin sedia ada buatannya mampu berfungsi terhadap varian baru itu ataupun tidak.

Vaksin Novavax boleh meneutralkan varian baru

novavax

Beberapa minggu lagi dimaklumkan syarikat itu bakal membentangkan hasil data makmal yang menunjukkan antibodi daripada individu yang menerima suntikan vaksin Novavax sebelum ini dapat meneutralkan varian itu ataupun tidak.

Menurut Awani, Novavax menyatakan pihaknya sudah membangunkan antigen protein spike Omicron khusus dan akan memulakan ujian makmal vaksin yang baru itu dalam beberapa minggu. Syarikat farmaseutikal lain yang turut menghasilkan vaksin baru khas buat Omicron ini adalah Moderna dan Pfizer.

Semoga usaha penghasilan vaksin baru untuk varian Omicron ini berhasil dan dapat mengelakkan penularan varian baru itu dengan lebih cepat.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas