Connect with us

Oh! Media

Pelancong Dari 26 Negara Ini Perlu Kuarantin Sebelum Sertai Gelembung Pelancongan Langkawi

langkawi

Trending

Pelancong Dari 26 Negara Ini Perlu Kuarantin Sebelum Sertai Gelembung Pelancongan Langkawi

Pelancong yang mempunyai sejarah melancong ke 26 negara yang disenaraikan dalam tempoh 14 hari atau memang dari negara tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

ADVERTISEMENT

BACA: Penangan Varian Omicron, Pintu Pagar Automatik Di Lapangan Terbang KLIA Dihentikan

Menerusi laporan Utusan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan ini dibuat atas pemantauan dan penilaian risiko kepada negara-negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan varian Omicron (B.1.1.259) yang kini membimbangkan semua pihak.

Kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin

26 negara

Menurut Dr. Noor Hisham, penduduk tempatan Langkawi atau pemegang pas lawatan panjang dari 26 negara tersebut yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam jangka masa 14 hari perlu melalui pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja.

Mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi manakala penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan.

Senarai 26 negara itu adalah United Kingdom, Belgium, Portugal, Jepun, Belanda, Brazil, Australia, Norway, Kanada, Republik Czech, Korea Selatan, Perancis/Reunion Island, Hong Kong, Austria, Israel, Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Jerman, Ghana, Denmark, Republik Ireland, Sweden, UAE, Nigeria dan Amerika Syarikat (California).

Menurutnya, kementerian akan mengambil kira penilaian risiko berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria yang diambil kira adalah insiden Covid-19 dan liputan imunisasi di negara tersebut. Dari pemerhatian, terdapat 24 negara yang berisiko tinggi tapi tidak melaporkan sebarang kes varian Omicron.

Pengembara dari 24 negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari, tidak dibenarkan menyertai GPL dan senarai itu akan berubah mengikut situasi semasa.

Bagi 24 negara itu adalah Russia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia, French Guiana, Filipina, Libya, Jordan, Bangladesh, Angola, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Zambia dan Zimbabwe.

Penduduk Malaysia yang mahu melancong ke Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe juga tidak dibenarkan, susulan dari penemuan varian baharu Covid-19, Omicron.

Semoga rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dari varian Covid-19 yang baru ini dan tangguhlah dahulu rancangan untuk pergi ke negara-negara luar yang berisiko tinggi okay.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas