Connect with us

Oh! Media

Van Jenazah Digunakan Untuk Buang Sampah?

van jenazah

Trending

Van Jenazah Digunakan Untuk Buang Sampah?

Sebuah syarikat van pengurusan mayat yang tidak bertanggungjawab menggunakan van jenazah tersebut untuk membuang sampah telah dikesan oleh SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Review’ Van Jenazah, Wanita Cina Ini Terima Pujian Netizen

Menerusi laporan Kosmo, syarikat van pengurusan jenazah itu telah menggunakan kenderaan tersebut untuk melupuskan sisa pepejal terkawal di Kepong Entrepeneurs Park (KEP), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sengaja melupuskan sisa di lokasi kejadian

van jenazah
Van mayat dari rakaman CCTV (Foto: Kosmo)

SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan intipan dan risikan selama beberapa hari dan berjaya mengesan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh syarikat van pengurusan jenazah tersebut.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Ummi Kalthum Shuib berkata, kejadian itu dikesan di lorong belakang Jalan Metro Perdana Timur 10, Kepong berdasarkan tangkap layar CCTV pada 22 November lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan salah laku pemandu dan van mayat yang digunakan untuk melupuskan sisa bercampur di lokasi tersebut.

Kami berjaya mengenal pasti kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melakukan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi kejadian. Van mayat tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.

Pesalah akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

Menurutnya, jika disabit kesalahan, pesalah akan dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Semoga pesalah diberikan hukuman yang sewajarnya kerana telah melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas