Connect with us

Oh! Media

Menteri Jelaskan Kerajaan Sudah Bantu Zoo Negara RM1.3 Juta

Trending

Menteri Jelaskan Kerajaan Sudah Bantu Zoo Negara RM1.3 Juta

Sebelum ini viral di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew telah memberikan bantuan kepada Zoo Negara apabila mereka meminta bantuan dari segi makanan haiwan daripadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tengah Hari Terima Aduan, Petang Ebit Lew Sampai Bantu Zoo Negara

Ebit Lew juga mengatakan Zoo Negara sebenarnya diuruskan oleh NGO dan bukannya kerajaan. Selepas itu, timbul pula persoalan tentang peranan kerajaan untuk memastikan Zoo Negara sentiasa terjaga.

Menjawab persoalan itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dikatakan telah menyalurkan dana sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun lalu bagi membantu kos pengurusan.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah juga menegaskan KeTSA telah melakukan tindakan jangka pendek bagi memastikan operasi Zoo Negara dapat terus bertahan pada waktu pandemik.

Antaranya ialah menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas bertujuan meringankan bebanan kos operasi premis berkenaan.

Sebanyak 21 ZPT sudah mengemukakan permohonan dan dana sudah disalurkan secara berperingkat bermula Mei lalu. Selain itu, memanjangkan secara spesifik diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

Mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT dan menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri (husbandry). – Katanya.

Bagi kami di Ohmedia, selain dari kerajaan, pihak-pihak NGO lain juga boleh memberikan bantuan ini. Pada waktu inilah yang mempunyai kelebihan boleh membantu mereka yang kekurangan tidak kira manusia mahupun haiwan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas