Connect with us

Oh! Media

Tengah Hari Terima Aduan, Petang Ebit Lew Sampai Bantu Zoo Negara

Ohmedia ebitlew zoo negara

Oh! Lifestyle

Tengah Hari Terima Aduan, Petang Ebit Lew Sampai Bantu Zoo Negara

Boleh dikatakan setiap kali kita dengar dan lihat sahaja kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia, pasti mereka akan dibantu oleh seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal dengan hati mulianya yang sangat suka membantu iaitu Ustaz Ebit Lew.

Tak pernah kenal erti penat, terbaru Ebit Lew dilihat memberikan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Ohmedia ebit lew1

Bantuan ini dilakukan sangat pantas di mana Ebit Lew berkongsi di Instagram milikinya yang pihak Zoo Negara ada meminta bantuan untuk menyelamatkan haiwan di sana.

IKLAN

Sejurus menerima permintaan itu, Ebit Lew tak menunggu lama dan terus bergegas ke sana pada sebelah petang dan menghantar makanan.

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Saya dapat tahu tengah hari tadi, petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran. – Tulisnya.

Menurut Ebit Lew lagi, pihak Zoo Negara memerlukan sebanyak RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penjagaan haiwan di sana. Disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang memaksa mereka menutup untuk kemasukan pengunjung, ia pasti menjejaskan lagi operasi mereka.

Ohmedia ebit lew2

Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara. Tambahnya lagi.

Diharapkan agar lebih ramai lagi orang seperti Ebit Lew yang sentiasa rasa tidak senang apabila mendengar dan melihat kesusahan orang lain. Ini juga menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa menghulurkan bantuan mengikut keupayaan kita. #KitaJagaKita

Kredit: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas