Connect with us

Oh! Media

Aplikasi Muslim Pro Jual Data Peribadi Pengguna Pada Tentera AS?

Trending

Aplikasi Muslim Pro Jual Data Peribadi Pengguna Pada Tentera AS?

Kecoh juga semalam di social media sebab ramai netizen yang uninstall apps Muslim Pro bila dengar apps ni jual maklumat peribadi pengguna pada tentera Amerika Syarikat. Eh, biar betul?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Vice Media isnin lepas, tentera AS dah pun beli maklumat peribadi pengguna dari semua jenis aplikasi, termasuk lah Muslim Pro. Mereka beli data peribadi ni melalui pihak ketiga atau broker data iaitu X-Mode. Kalau ikutkan, X-Mode memang pihak yang mengumpul dan membeli data dari pelbagai syarikat.

Rata-rata netizen memang kecewa bila dapat tahu berita ni. Yelah, apps ni kan banyak bantu kita untuk tahu waktu solat, tahu arah kiblat. Tiba-tiba bersekongkol dengan pihak tentera AS?

Tapi, ketua komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary menyatakan yang hal tersebut adalah tidak betul. Bahkan, privasi pengguna sentiasa jadi keutamaan aplikasi Muslim Pro. Jadi, takkan lah mereka nak buat macam tu.

“Sebagai antara aplikasi paling dipercayai pengguna Muslim sejak 10 tahun lalu, kita memastikan standard privasi terbaik dan perlindungan data peribadi, dan tidak pernah berkongsi maklumat peribadi pengguna.” – katanya.

Tambah Zahariah lagi, pihaknya memang ada bekerjasama dengan X-Mode sejak sebulan lepas, tapi tak dijelaskan pula bentuk hubungan yang macam mana. Tapi sekarang, mereka dah batalkan sebarang jenis hubungan dengan X-Mode serta rakan data yang lain.

Harapnya, betul lah apa yang dikatakan oleh Zahariah. Yelah, bukan sikit pengguna Muslim Pro dalam dunia. Berjuta orang yang guna. Kalau data peribadi setiap seorang ni dijual, bayangkan berapa banyak maklumat privasi yang tentera AS dapat.

Kalau korang nak baca dengan lebih lanjut tentang penjelasan dari Muslim Pro sendiri, ohmedia sertakan sekali tweet dari account Muslim Pro. Apa-apa pun, semoga kita semua dilindungi dari sebarang masalah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas