Connect with us

Oh! Media

“Mangsa Kes Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal Diminta Tampil Segera” – Bukit Aman

Polis

Oh! Tidak

“Mangsa Kes Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal Diminta Tampil Segera” – Bukit Aman

Saksi atau mangsa dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal diminta tampil segera bagi membantu polis.

ADVERTISEMENT

BACA : Dedah Jadi Mangsa Pendakwah Terkenal, Polis Minta ‘Diana’ Buat Laporan

Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis ketika ini amatlah mengalu-alukan kerjasama bekenaan bagi membantu siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

Katanya juga, pihak polis sudah merakam beberapa keterangan berhubung kes ini dan berhubung video dan mesej lucah yang viral dikaitkan dengan pendakwah terkenal itu masih dalam siasatan.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Diana (bukan nama sebenar) membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

‘Diana’ juga mengaku yang dia telah menghubungi individu berkenaan untuk bertanyakan mengenai masalah yang menimpa dirinya. Namun, dia didakwa diajukan soalan lucah menyebabkan dia berasa teraniaya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas