Connect with us

Oh! Media

Dedah Jadi Mangsa Pendakwah Terkenal, Polis Minta ‘Diana’ Buat Laporan

Oh! Tidak

Dedah Jadi Mangsa Pendakwah Terkenal, Polis Minta ‘Diana’ Buat Laporan

Menerusi program bual bicara Analisis Finaz Yunus, seorang wanita dikenali sebagai Diana (bukan nama sebenar) membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

ADVERTISEMENT

BACA: Aktiviti Tidak Bermoral Melibatkan Pemain E-sport, Yana Samsudin Buat Laporan Polis

Dalam wawancara itu, ‘Diana’ mengaku menghubungi pendakwah berkenaan untuk bertanyakan mengenai masalah yang menimpa dirinya. Namun, dia didakwa diajukan soalan lucah menyebabkan dia berasa teraniaya.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan mendakwa suami dan ahli keluarga tidak mempercayainya apabila dia menceritakan perkara yang terjadi.

Mengulas kepada pendedahan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laporan Utusan Malaysia meminta wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual berkenaan tampil membuat laporan polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam wawancara yang berlangsung itu, identiti sebenar mangsa dan pemangsa tidak didedahkan. Jadi seeloknya individu yang mendakwa menjadi mangsa tampil ke hadapan.

Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mangsa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.

Jelasnya lagi, hanya mangsa yang mengenali siapakah pendakwah terkenal yang dimaksudkan. Dia perlu datang untuk membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan dengan segera.

Kredit: Utusan Malaysia | Instagram Finaz Yunus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas