Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Minta Maaf Dengan Kisona Dan Keluarga Depan-Depan” – Roslin Hashim

Trending

“Lebih Baik Minta Maaf Dengan Kisona Dan Keluarga Depan-Depan” – Roslin Hashim

Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim, disiasat pihak berkuasa selepas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S.Kisona.

ADVERTISEMENT

BACA: Instagram Tarik Balik ‘Verified Badge’ Bekas Miss Universe Malaysia Selepas Keluarkan Kenyataan Perkauman

Walaupun dia sudah tampil memohon maaf, bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim mahu Borhanuddin bersemuka sendiri dengan Kisona dan keluarganya.

kisona

Lebih baik minta maaf dengan Kisona dan keluarganya depan-depan. Setakat pakai surat semua orang boleh buat!

Roslin berpendapat, kenyataan menyentuh kaum adalah sangat keterlaluan apatah lagi apabila sukan sepatutnya menjadi platform untuk penyatuan kaum.

Dia cakap dia tak ada niat? Come onlah, dia dah buat benda itu, kalau ulang balik baca takkan tak terasa. Benda yang kita buat memang ada niat.

Takkan tiba-tiba main tulis, main tarah sajakan? Dah tentu ada niat sama ada nak kutuk, nak jatuhkan, nak buli orang itu ke?

Sebagai orang sukan, Roslin mengakui perkara itu sangat sensitif baginya.

Terdahulu, Borhanuddin dalam permohonan maaf secara bertulis itu turut menawarkan diri melepaskan jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas