Connect with us

Oh! Media

Mangsa Banjir Di Tumpat Dakwa Barangan Bantuan Khairul Aming Dicatu Penghulu

Ohmedia bantuan Barangan

Oh! Tidak

Mangsa Banjir Di Tumpat Dakwa Barangan Bantuan Khairul Aming Dicatu Penghulu

Tular di media sosial, mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1 meluahkan kekecewaan dan mempersoalkan cara tok penghulu mengagihkan bantuan barangan asas dari Khairul Aming.

Dalam hantaran yang dibuat di TikTok, mangsa banjir menyertakan video menunjukkan sekumpulan individu membuka dan membungkus semula barangan bantuan ke dalam plastik lain.

Tular video tok penghulu catu barang bantuan Khairul Aming?

@user34417455075593

MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

Mangsa banjir mendakwa hanya menerima biskut tawar dan mee segera, manakala barangan lain disimpan oleh pihak tertentu.

IKLAN

Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini. Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video.

Dakwa mangsa banjir ini lagi, berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, kad kepunyaan mangsa banjir akan ditanda menunjukkan sudah menerima barangan bantuan. Tetapi, kali ini, kad ditanda tetapi barangan tidak dapat.

Saya dah bertanya kepada tok ngulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawah dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana.

Di ruangan komen, orang ramai turut berkongsi pengalaman serupa di PPS masing-masing. Rupanya, ramai mangsa banjir tidak menerima bantuan kerana perlu melalui proses ‘tapisan’.

“Selebihnya di mana?” – Mangsa banjir

Tok Ngulu

Tak kurang juga yang mempertahankan tindakan tok penghulu yang dikatakan mahu barangan diagihkan secara adil.

Jika barangan tidak diasingkan, mungkin ianya tidak cukup untuk diagihkan kepada semua mangsa terlibat.

Tok Penghulu

Jelas individu ini, dia hanya mahu menegakkan keadilan kerana sebagai mangsa banjir dia melihat pembahagian barangan dilakukan tidak sama rata.

#OhmediaNasihat

Aduhai, rasanya Khairul Aming dan pasukannya sudah melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa banjir terjejas. Boleh tengok bagaimana para sukarelawan bekerja keras membungkus barangan keperluan di dalam plastik tetapi lain pula yang jadi di PPS. Jika benar aduan yang dibuat mangsa banjir ini, diharapkan pihak bertanggungjawab lebih jujur dengan amanah.

Ohmedia bantuan Barangan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas