Connect with us

Oh! Media

Makanan Di Kafeteria Basi & Berulat – Itu Antara Dugaan Pelajar Sepanjang PKP

Trending

Makanan Di Kafeteria Basi & Berulat – Itu Antara Dugaan Pelajar Sepanjang PKP

Patutnya student tak perlu risau dah pasal makanan bila balik ke asrama sebab confirm pihak kafeteria dah tolong sediakan. Tambah-tambah pulak waktu musim PKP ni.

ADVERTISEMENT

Tapi, berbeza keadaannya dengan pelajar asrama di sebuah institusi pra-universiti milik kerajaan pusat di Banting. Bukan setakat kualiti makanan yang disediakan di kafeteria tak terjaga, bahkan ada juga makanan yang basi dan berulat!

“Saya ada gambar, memang sedih sangat. Makanan yang disediakan di kafetaria seperti ala kadar, kadangkala seperti basi tidak masak dengan sempurna malah terjumpa ulat adalah perkara biasa.” – luah salah seorang pelajar.

Menurut pelajar, ada yang terpaksa berlapar sebab tak ada pilihan lain selain makanan yang disediakan di kafeteria. Yelah, sekarang kan musim PKP, mana boleh keluar asrama sesuka hati. Bukannya mereka tak buat aduan, tapi tidak ada sebarang tindakan susulan yang diambil pihak atasan.

Dahlah makanan tak berkualiti, harga pula melambung tinggi. Tak padan langsung dengan apa yang dihidangkan. Ambik ayam dengan kuah sikit pun boleh capai harga RM6 ke RM7. Nasib tak baik, siap dapat dengan pakej ulat atau serangga dalam makanan. Dah kena buang, membazir.

Itu belum lagi sentuh bab Internet. Macam mana nak belajar secara online kalau line Internet slow? Boleh stress student jadinya. Dahlah nak keluar riadah pun tak boleh. Tambah pula dengan masalah makanan. Menurut laporan, ada yang sampai depress dan hadapi kemurungan sebab terpaksa berkurung dalam bilik je sepanjang hari.

“Kami diminta untuk kembali ke kampus kerana peperiksaan akhir Januari lepas, tapi sejak itu inilah keadaan kami. Internet tidak pernah stabil, duduk dalam bilik dan belajar tapi apa yang hendak kami fahamkan?” – luahnya lagi.

Harapnya bila aduan macam ni, pihak yang berwajib bolehlah ambil tindakan. Pelajar yang ada dekat asrama tu semua bawah tanggungjawab anda semua. Kalau tak boleh jaga kebajikan, boleh bawa mudarat pada kesihatan nanti. Takkan nak tunggu perkara tak diingini berlaku, baru nak ambil tindakan?

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas