
Oh! Tidak
“LRT Pasar Seni Disaster!” – Netizen Geram Hari-Hari Kena Hadap ‘Sesak’ Nak Pergi Kerja
Oleh
Kecoh di media sosial hari ini, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni sekali lagi mengalami kesesakan yang luar biasa, sehingga menimbulkan rasa marah buat semua pengguna.
BACA: Hanya Kerana Gambar, Lelaki Bangladesh Ditahan Ceroboh Landasan LRT
Menerusi laporan Kosmo, kesesakan itu berlaku dalam jam 8 pagi tadi dan perkara ini telah berlarutan sejak tiga hari lalu.
Orang ramai yang menggunakan laluan LRT Pasar Seni semuanya berkongsi keadaan yang berlaku di media sosial kerana geram mereka terpaksa beratur panjang dan menunggu terlalu lama untuk menaiki LRT.
Makin menjadi jadi eh pasar seni ni. haritu beratur kat platform lrt. Ni baru keluar mrt dah beratur pundek apa pic.twitter.com/q8QPSLR61t
— mxzazaza (@muazmuzaini) June 16, 2022
harini saje naik train, pasar seni (menghala gombak & kajang) was really a DISASTER istg. keluar mrt je dah terus kena beratur. bayangkan ada dua escalator lagi nak sampai lrt dia punya jem. gila
— jk. (@qilarazros) June 16, 2022
letih sial everyday kena hadap lrt pasar seni
— ur mom (@joblessmilf) June 16, 2022
maigod kesiannye la org yg nak naik lrt kat pasar seni ni pic.twitter.com/tP6iewkEPA
— Shafina Shafiee (@ShafinaShafiee) June 16, 2022
stesen pasar seni pagi ni tetiba ada roadblock panjang gila especially from mrt to platform atas menuju ke lrt ps. polis and org rapidkl ramai turun padang sekali. permudahkan lah urusan semua org terutamanya yg pagi2 hari nk mencari rezeki ke tempat kerja masing2
— hān gone bad (@tyunfm) June 15, 2022
Harap pihak atasan yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat yang mungkin.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
