Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tetak Bakal Ibu Mertua Sampai Mati Ditahan, Keluar Dari Tempat Sembunyi Sebab Lapar!

Trending

Lelaki Tetak Bakal Ibu Mertua Sampai Mati Ditahan, Keluar Dari Tempat Sembunyi Sebab Lapar!

Baru-baru ini kita ada dengar pasal seorang lelaki yang menetak bakal ibu mertuanya sampai mati menggunakan parang dan pihak polis masih berusaha untuk mengesan dia. Malam tadi, suspek telahpun ditahan selepas keluar dari kawasan persembunyiannya di kawasan hutan di Kampung Binanjar, Paitan. 

ADVERTISEMENT

BACA : Putus Tunang, Mengamuk & Tetak Bakal Ibu Mertua Sampai Meninggal Dunia

Menurut laporan Harian Metro, suspek keluar dari tempat persembunyiannya itu sebab dia berasa lapar. Kesian dia ya, kah! Sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu berjaya menahan lelaki yang berusia 29 tahun ini di sebuah rumah yang dipercayai milik seorang sedaranya. 

Kami menjalankan pemantauan di kawasan hutan itu sejak kelmarin dan suspek dikesan memasuki rumah seorang saudaranya kerana lapar.

Kata Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah.

Rumah itu diserbu dan akhirnya suspek berjaya ditahan 8 malam tadi.

Walaubagaimanapun, suspek telah dibawa ke IPD Kota Marudu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas