Connect with us

Oh! Media

Putus Tunang, Mengamuk & Tetak Bakal Ibu Mertua Sampai Meninggal Dunia

Trending

Putus Tunang, Mengamuk & Tetak Bakal Ibu Mertua Sampai Meninggal Dunia

Siapa je yang taknak mendirikan rumah tangga dengan insan tercinta, betul tak? Tapi kalau dah bukan jodoh tu, apa yang kita boleh buat. Malam tadi, ada satu kejadian dimana seorang lelaki tetak ibu kepada bekas tunangnya di Kampung Kuyuh, Kota Marudu. Sampai macam tu sekali dibuatnya.

ADVERTISEMENT

Ibu kepada bekas tunang suspek yang berusia 68 tahun itu mati selepas suspek menyerang mangsa menggunakan parang dan menyebabkan kecederaan parah. Bukan tu jer, bakal bapa, bakal adik, dan bekas tunangnya sendiri cedera selepas diserang suspek.

Menurut Harian Metro, pada awalnya suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajak balik ke kampung. Tapi tunangnya taknak dan ingin memutuskan pertunangan mereka dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah. Itulah sebab mengapa suspek bertindak agresif dan mengamuk.

Antara yang tercedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Seumur mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut. Siasatan masih lagi diteruskan dan pihak polis sedang usaha untuk mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas