Connect with us

Oh! Media

Ini Luahan Pencarum KWSP Hingga Sanggup Beratur Panjang Luar Pejabat

Trending

Ini Luahan Pencarum KWSP Hingga Sanggup Beratur Panjang Luar Pejabat

Seperti yang telah diumumkan kerajaan, skim i-Sinar bagi kategori 1 dah pun dibuka kepada orang ramai bermula semalam. Bagi sesiapa yang ingin buat permohonan, korang boleh terus buat permohonan secara dalam talian atau online.

ADVERTISEMENT

Walaupun dah boleh daftar dengan pantas dan hanya menggunakan hujung jari, tapi masih ada juga insan-insan yang terpaksa pergi ke pejabat KWSP dan beratur panjang. Lagi sedih bila ohmedia baca, mostly yang terpaksa menunggu lama ini adalah dari golongan berusia. Sebabnya, kebanyakan mereka masih keliru untuk daftar secara online. Bahkan ada juga yang langsung tak tahu nak guna aplikasi tersebut.

Salah seorang pencarum, Mariasusi Francis, 39, meluahkan yang dia dah cuba untuk isi sendiri permohonan secara online, tapi gagal. Disebabkan itu, dia datang ke pejabat untuk tanya sendiri dekat bahagian kaunter. Kemudian baru dia cuba untuk isi semula berdasarkan panduan yang diberi. Semua ini dia lakukan untuk beli kelengkapan sekolah buat dua orang anaknya.

Ibu tunggal pada tujuh orang anak, S.Letchimy, 59, turut hadapi masalah yang sama. Dia terpaksa datang sendiri ke pejabat KWSP sebab tak tahu untuk isi details dan buat permohonan secara dalam talian. Tapi bila dah sampai pejabat, ramai pula orang yang turut sama beratur.

“Mujur saya bawa anak bersama, kami diberi risalah panduan untuk mengisi permohonan i-Sinar dalam talian. Saya sangat memerlukan duit ini untuk kelangsungan hidup selepas tidak lagi bekerja akibat kanser payudara.” – katanya.

Begitu juga dengan Noorhayati Md Shah, 51. Katanya, dia hanya menemami suami, Abu Bakar Dollah, 56, kerana tidak tahu untuk buat permohonan secara online. Tapi, nak tak nak dia kena beratur juga untuk tunggu giliran kerana amat memerlukan duit untuk digunakan.

“Usia suami saya memang sudah boleh keluarkan simpanan Akaun 1, tapi kami berdua tak pandai isi secara dalam talian. Suami hanya menoreh getah dan menyara dua anak yang masih bersekolah dengan pendapatan tidak menentu kerana musim hujan sekarang.” – katanya.

Ramai juga rupanya yang hadapi masalah ya. Ini baru nak buat permohonan. Kami doakan semoga segala urusan yang mereka sedang lakukan sekarang demi keluarga, dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas