Connect with us

Oh! Media

Remaja 13 Tahun Dimasukkan Ke Hospital Selepas Disepak Pak Cik Kerana Mengganggu Tidur

Oh! Tidak

Remaja 13 Tahun Dimasukkan Ke Hospital Selepas Disepak Pak Cik Kerana Mengganggu Tidur

Siapa sangka, gara-gara bunyi bising yang mengganggu tidur, seorang lelaki di Kampung Pimping, Membakut, telah sanggup sampai mencederakan anak saudaranya sendiri.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi kelmarin itu dikatakan tercetus apabila anak saudara suspek yang berumur 13 tahun telah membuat bising ketika bermain permainan video di telefon pintar dan disebabkan oleh tidak tahan dengan bunyi bising yang mengganggu tidurnya suspek yang berusia 39 tahun itu telah menyepak pinggang anak saudaranya.

Perkara itu pada mulanya juga telah disedari oleh adik suspek dan kemudiannya telah bertanyakan perkara itu kepada suspek.

Suspek juga telah mendakwa yang mangsa telah membuat bising sehingga mengganggu tidurnya dan mengaku tidak menendang dengan kuat.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan dirujuk ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan.

Adik suspek kemudiannya membawa mangsa membuat laporan polis. – Katanya.

Sebaik saja menerima laporan itu, sepasukan polis telah dikerah ke lokasi kejadian dan suspek juga telah ditahan pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Hasil siasatan juga telah mendapati, rupanya suspek ada mengambil dadah kira-kira tiga hari lepas.

Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1953, Akta Penagihan Dadah 1983 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Beaufort untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut. – Kata Ketua Polis Daerah Beaufort.

Ish ish ish, gamaknya buat sampai macam tu dekat anak saudara. Kot ye pun , tegurlah elok-elok dulu.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top