Connect with us

Oh! Media

Isteri Mengaku Tapi Suami Pula Nafi Beri Anak Susu Bercampur Dadah

dadah

Oh! Tidak

Isteri Mengaku Tapi Suami Pula Nafi Beri Anak Susu Bercampur Dadah

Sebelum kecoh tentang dakwaan pasangan suami isteri telah memberikan anaknya yang masih kecil minum susu bercampur dadah jenis Methamphetamine. Kejadian itu berlaku pada 19 Februari lalu di Blok F, Apartment Medan Jaya, Taman Medan, Petaling Jaya.

ADVERTISEMENT

Ketika kejadian, tertuduh mengatakan dia tersalah membancuh susu bayi menggunakan air syabu milik suaminya.

Isteri mengaku bersalah tetapi tidak suami…

Pasangan itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menganiaya terhadap bayi lelaki mereka sendiri yang baru berusia satu tahun.

Tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34 kemudian mengaku bersalah memberikan minuman itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh.

Bagaimanapun, suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40 tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Dalam laporan, bayi satu tahun empat bulan itu mengalami allegedsympathomimetic drug ingestion selepas meminum susu.

Kejadian seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan ini diikat jamin RM5,000 seorang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas