Connect with us

Oh! Media

Kereta Masuk KL Mungkin Akan Dikenakan Bayaran Kesesakan Tak Lama Lagi

kuala lumpur

Trending

Kereta Masuk KL Mungkin Akan Dikenakan Bayaran Kesesakan Tak Lama Lagi

Tidak dapat dinafikan kesesakan jalan raya dalam Kuala Lumpur ketika ini semakin teruk akibat banyak bangunan pejabat, hotel dan pasaraya besar dibuka. Bagaimanapun, pembinaan MRT3 dijangka dapat mengurangkan kesesakan ini bila ia siap sepenuhnya nanti.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencadangkan cara lain yang akan digunakan bagi mengurangkan kesesakan di dalam ibu kota. Antara cara yang akan digunakan adalah dengan mengenakan congestion charge atau environmental fees untuk semua jenis kenderaan yang ingin masuk ke Kuala Lumpur.

Ini bermakna jika kita ingin membawa masuk kereta ke dalam Kuala Lumpur, kita perlu membayar caj tertentu. Jika nak lebih jimat, kita perlu naik MRT3 untuk masuk ke dalam Kuala Lumpur.

London sudah lakukan cara yang sama

Congestion charge – juga dikenali sebagai environmental fees – adalah trend untuk bandar raya mega. Contohnya, di London, ia dikenakan ke atas kenderaan yang memasuki bandar dengan pengecualian diberikan untuk kenderaan elektrik (EV).

Bagaimanapun, pelaksanaan ini hanya akan dilakukan apabila rangkaian pengangkutan awam di bandar ini siap sepenuhnya selepas 2030 nanti. – Katanya.

Projek MRT3 dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030 yang melibatkan laluan sepanjang 51 kilometer (km). 39km dari jumlah itu terletak di ibu negara dan 12km di Selangor.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas