Connect with us

Oh! Media

Pemandu Range Rover Beri Alasan Langgar Lubang, Pandu Terus Sebab Rumah Dekat – Polis

ohmedia range rover pecah

Trending

Pemandu Range Rover Beri Alasan Langgar Lubang, Pandu Terus Sebab Rumah Dekat – Polis

Pemandu Range Rover memandu dalam keadaan tayar pecah serah diri ke balai polis.

Satu video tular memaparkan aksi bahaya sebuah Range Rover Velar di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas apabila kenderaan dipandu dengan tayar belakang kanan yang sudah pecah dan hancur.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan kenderaan tersebut terus bergerak dalam keadaan tidak stabil sebelum berhenti di kawasan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuchai Maju.

Lebih membimbangkan, pemandu dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.

IKLAN

Polis sahkan pemandu sudah hadir bantu siasatan

Terbaru, Kosmo! melaporkan pemandu itu telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa pihaknya sudah menjalankan ujian saringan air kencing dan EBA (Evidential Breath Analyzer) terhadap individu terbabit bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.

Pemandu memberi alasan tayar pecah terlanggar lubang dan memandangkan kediamannya dekat maka pemandu memandu terus kenderaannya untuk pulang ke rumah.

Beliau turut memaklumkan bahawa tangkapan terhadap pemandu akan dilakukan, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Pihak polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pssttt! Kadang-kadang alasan ‘rumah dekat’ bukanlah sebab yang boleh diterima bila nyawa orang lain turut dipertaruhkan. Apa pun, tindakan pantas pihak polis wajar dipuji dan semoga kes ini jadi pengajaran kepada semua supaya tidak ambil mudah soal keselamatan jalan raya.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas