Trending
“Memalukan!” – Anthony Loke Berang Aksi ‘Mat Rempit’ Di Lapangan Terbang Kota Bharu, Arah Tindakan Tegas
Anthony Loke berang lapangan terbang Kota Bharu jadi port mat rempit, arah JPJ sita motosikal.
Baru siap naik taraf dengan kos ratusan juta, tapi dah jadi port mat rempit pula? Itulah situasi yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa Kelantan apabila kawasan terminal baharu dilaporkan dijadikan lokasi berkumpul dan ‘beraksi’ mat motor.
Anthony Loke beri amaran kepada mat rempit

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meluahkan rasa kecewa dengan insiden terbabit. Katanya, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf lapangan terbang itu bagi menarik lebih ramai pelancong dan membantu ekonomi Kelantan.

Menurut Anthony Loke, tindakan mat rempit di kawasan terminal bukan sekadar mengganggu, tapi boleh membahayakan nyawa.
Kelakuan golongan mat rempit ini di depan balai perlepasan terminal baru tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai yang menggunakan Lapangan Terbang tersebut malah boleh dikatakan sebagai tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.
Beliau telah mengarahkan Pengarah Penguatkuasa JPJ untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran.
Tambahnya, sesiapa yang berani merempit di depan airport akan disita motosikal serta merta.
Pssttt! Benda macam ni sebenarnya simple, kemudahan awam bukan tempat nak buat ‘content’ atau lepas gian. Lagi-lagi tempat macam airport yang melibatkan keselamatan ramai. Harap tindakan tegas ni betul-betul jadi pengajaran, bukan setakat panas-panas tahi ayam.
Kredit: Facebook Anthony Loke Siew Fook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM