Connect with us

Oh! Media

Kecoh Guru Didakwa Buat ‘Swab Test’ Di Sekolah, KPM Beri Penjelasan

Oh! Tidak

Kecoh Guru Didakwa Buat ‘Swab Test’ Di Sekolah, KPM Beri Penjelasan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah gambar memaparkan beberapa orang guru dikatakan melakukan amali ujian calitan hidung (Swab Test) kepada pelajar di sebuah sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Wanita Melatah Ketika ‘Swab Test’, Netizen Terkejut Dengar Suaranya

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang mana dia mengulas mengenai perkara itu selain mengakui seorang guru tidak sepatutnya berbuat demikian.

Hal itu kerana para guru bukanlah daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa terkejut dengan perkara itu dan mengecam para guru di sekolah berkenaan yang dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang.

Tular gambar guru buat Swab Test, KPM beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun membuat siasatan ke atas gambar tersebut dan mendapati ia bukanlah seperti yang digambarkan.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan menerusi laman Facebook milik KPM, gambar tersebut hanyalah sebuah demonstrasi semata-mata dan dilaksanakan dengan garis panduan yang ditetapkan.

Selain itu, pihaknya juga menjelaskan bahawa pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM dan dibuat kepada murid dengan pemantauan guru.

Secara keseluruhan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan menggunakan kit ujian air liur.

Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksanakan melibatkan empat orang guru dan empat orang murid yang dibimbing oleh dua Jururawat Masyarakat.

Dalam pada itu, KPM juga menegaskan bahawa setiap pelaksanaan saringan di semua sekolah perlu melalui kaedah air liur sahaja dan penggunaan calitan hidung tidak dibenarkan.

Perkara itu jelas tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021 selain mengakui pihaknya sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Kredit: Facebook KPM dan Mohd Fadli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas