Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Wanita Melatah Ketika ‘Swab Test’, Netizen Terkejut Dengar Suaranya

Trending

(VIDEO) Wanita Melatah Ketika ‘Swab Test’, Netizen Terkejut Dengar Suaranya

Swab test atau ujian calitan merupakan salah satu kaedah untuk mengenalpasti sama ada seseorang individu itu dijangkiti ataupun tidak.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Meroyan, Gagal Pujuk Staf PPV Untuk Dapatkan Sijil Vaksin Palsu

Oleh itu, masyarakat mula menggunakan kaedah itu setiap kali mereka merasai gejala ataupun berstatus rapat dengan orang yang positif.

Namun, tidak ramai yang menyukai kaedah itu kerana mengakui proses melakukan calitan itu menyakitkan sehingga mengeluarkan air mata.

Melatah ketika swab test

Pelbagai kisah dan cerita yang dialami oleh petugas kesihatan tidak kira di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) mahupun Pusat Ujian Calitan (CAC).

Terbaharu, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita cantik yang melatah ketika melakukan ujian calitan di sebuah pusat CAC baru-baru ini.

wanita melatah ketika swab test

Menurut laporan Kosmo, video berdurasi 42 saat itu berjaya mencuit hati netizen lantaran suaranya yang tidak sepadan dengan mukanya.

Hal ini kerana suara wanita itu persis seperti suara seorang warga emas dan sedikit kasar jika dibandingkan dengan umur serta rupa parasnya.

Menerusi video itu juga, petugas kesihatan yang menjalan tugas ketika itu dilihat terkejut dan beberapa kali memohon maaf kepadanya.

Namun, wanita tersebut berkata bahawa dia tidak melakukan kesalahan, sebaliknya itu hanya tindakannya yang melatah.

Tidak ada apa-apa, saya hanya melatah, saya minta maaf banyak-banyak.

(Sumber: Rapid Infotainment)

Walaubagaimanapun, kelihatan suara wanita itu hanya berubah ketika melatah sahaja dan kembali semula kepada suara normal beberapa saat kemudian.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terkejut apabila mendengari suaranya ketika melatah yang kelihatan tidak sepadan dengan wajahnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas