Connect with us

Oh! Media

Kawasan PKPD Dikepung, 400 Individu Larikan Diri Dari Membuat Ujian Saringan

Trending

Kawasan PKPD Dikepung, 400 Individu Larikan Diri Dari Membuat Ujian Saringan

Kira-kira 400 penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi tidak dapat dikesan yang sepatutnya perlu membuat ujian saringan Covid19. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang merayu supaya kesemua individu berkenaan tampil memberi kerjasama.

ADVERTISEMENT

Polis telah mengepung kawasan tersebut pada Selasa lalu dan mendapati ada sebilangan antara penduduk disitu yang sepatutnya perlu menjalani ujian saringan tidak ada di kediaman masing-masing. 

Mohamad Zain A Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang mengatakan yang pihak mereka sedang mengesan individu yang melarikan diri itu melalui aplikasi MySejahtera dan juga jiran-jiran.

Sepertimana yang kita tahu, pusat perniagaan di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam sehingga 25 November dan membabitkan 800 penduduk serta 284 premis.

Diharapkan agar individu yang sepatutnya membuat ujian saringan tampil beri kerjasama. Jasa korang tu amat diperlukan bagi membendung wabak ini dari merebak, janganlah lari gais. Takut korang bawa pulak wabak itu ke tempat lain sekiranya didapati positif.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca penghuni lari dari membuat ujian saringan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas