Connect with us

Oh! Media

Selepas KL, Giliran Putrajaya & Kedah Pula Benarkan Meniaga Tepi Jalan

Trending

Selepas KL, Giliran Putrajaya & Kedah Pula Benarkan Meniaga Tepi Jalan

Sebelum ini, penduduk ibu kota di Kuala Lumpur telah diberikan kebenaran untuk berniaga kecil-kecilan bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat memulakan perniagaan segera bagi menampung pembelajaan di waktu sukar ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Kota Tersenyum Dengan Usaha Jadikan Kuala Lumpur ‘Wilayah Bebas Berniaga’, Ini Caranya…

Bagaimanapun, terbaru Perbadanan Putrajaya (PPj) turut mengikut langkah yang sama seperti diumumkan Menteri Wilayah Persekutusan, Tan Sri Annuar Musa untuk mengwujudkan Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga.

PPj dengan ini membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).

Perniagaan boleh dimulakan bermula 15 Nov ini sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa enam bulan berkaitan (Nov 2020 hingga April 2021). – Katanya.

Maklumat penuh boleh lihat di posting terkini PPj.

Dalam pada itu, Negeri Kedah juga tak ketinggalan untuk mengwujudkan Kawasan Bebas Berniaga dan ia diumumkan sendiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Gunalah peluang ini sebaiknya dan bagi mereka yang kurang terjejas bolehlah membantu semua peniaga ini dengan membuat pembelian di gerai-gerai tepi jalan. Semoga kita semua berjaya mengharunginya bersama.

Kredit: Facebook Muhammad Sanusi, Perbadanan Putrajaya

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas