Mesti ramai ingat tragedi menyayat hati yang menimpa penyanyi popular era 90an, Along Spoon kan? Mana tidaknya, Along pada ketika itu antara penyanyi yang top dan sedang menerpa nama dalam industri hiburan.
Tragedi menimpa Along kecoh satu Malaysia apabila pihak polis menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.
Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Penemuan rangka manusia itu membawa kepada penangkapan seorang anggota polis dikenali sebagai Mohamed Ya’cob Demyati.
Pembunuh Along Spoon bagaimanapun terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman itu kepada penjara 33 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dicapai panel hakim selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.
Peguam mewakili Mohamed Ya’cob Demyati berkata, anak guamnya telah selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun sejak ditangkap pada 4 Januari 2000.
Insya-ALLAH, dia bebas hari ini, hukuman penjara itu termasuk satu pertiga daripada cuti dan lain-lain, itu undang-undangnya.
Bermakna dia telah selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.
Saya turut menghujah, anak guam telah berkelakuan baik maka ia menjadi faktor mahkamah perlu ambil kira hukuman tersebut.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Seremban pada 10 April 2002 menjatuhi hukuman mati selepas dia didapati bersalah sepenuhnya dalam pembunuhan Sabi’ul Malik Shafie (Along).
Hukuman mati itu kemudian diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya. Dia juga terlepas hukuman sebatan disebabkan faktor umur lebih 50 tahun.
Lapor sumber lagi, Mohamed Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan yang terlepas hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas. Selain penjara, banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.
BACA: Ini Kesan Kepada Negara Jika Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan
Kredit: Harian Metro | Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.